Tuesday, 8 May 2012

Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu

Bila bercerita tentang pengorbanan ibu, ada tiga perkara yang menarik perhatian - pengorbanan, kasih sayang dan belaian. Begitu sabar dan tabahnya seorang ibu membesarkan anak-anak. Semuanya dilakukan demi kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.


Bagi ibu, kegembiraan anak-anak adalah kebahagiaan untuknya. Apakah ada antara anak-anak yang sanggup berkorban melakukan segalanya seperti yang pernah dilakukan ibu sewaktu anak-anaknya masih kecil? Ketika inilah hati berkata, seorang ibu mungkin dapat menjaga anak yang ramai tapi seorang anak belum tentu dapat membahagiakan hati seorang ibu. Bagaimana pula kisah sahabat sahabiah semua dan ibu, dan apakah cara anda menunjukkan perhargaan kepada insan istimewa ini? Berkongsilah bersama sahabat sahabiah yang lain sempena hari istimewa golongan ini...


SELAMAT HARI IBU KEPADA MAMA, IBU , UMMI , MUMMY ,  MAK diseluruh dunia ..

Friday, 4 May 2012

kerana-Mu


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :




~ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
~ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
~ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

Kerana itulah, apabila BERHADAPAN 

dengan SEORANG 
LELAKI, wanita perlu lebih BERHATI-HATI, janji manis di bibir 
itu..mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGHIRIS HATI
bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu..mungkin 
menjadi selumbar yang MELUKAKAN..


makanya, 

SELAGI BELUM PASTI, jangan memberi sepenuh hati

Selagi belum memiliki dan dimiliki SECARA HALAL dan SAH, 
JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah 
memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR 
MELEPAS PERGI..

p/s : Wahai wanita yang disayangi..dirimu amat MULIA, maka..untuk dapat merasakan BAHAGIA hadir di sisi, kamu perlu LEBIH TABAH dan BERHATI-HATI dengan dugaan di sekelilingmu..
♥♥