Bila bercerita tentang pengorbanan ibu, ada tiga perkara yang menarik perhatian - pengorbanan, kasih sayang dan belaian. Begitu sabar dan tabahnya seorang ibu membesarkan anak-anak. Semuanya dilakukan demi kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang balasan.Bagi ibu, kegembiraan anak-anak adalah kebahagiaan untuknya. Apakah ada antara anak-anak yang sanggup berkorban melakukan segalanya seperti yang pernah dilakukan ibu sewaktu anak-anaknya masih kecil? Ketika inilah hati berkata, seorang ibu mungkin dapat menjaga anak yang ramai tapi seorang anak belum tentu dapat membahagiakan hati seorang ibu. Bagaimana pula kisah sahabat sahabiah semua dan ibu, dan apakah cara anda menunjukkan perhargaan kepada insan istimewa ini? Berkongsilah bersama sahabat sahabiah yang lain sempena hari istimewa golongan ini...
SELAMAT HARI IBU KEPADA MAMA, IBU , UMMI , MUMMY , MAK diseluruh dunia ..

